Pensyarah JTP pada akhir semester 2/2010 telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari di Restauran Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur pada 24 November 2010. Jamuan itu telah dihadiri oleh semua pensyarah dan staf di JTP serta beberap rakan lain. Ia adalah sebagai tanda untuk menghargai semua usaha gigih pensyarah-pensyarah JTP yang telah berjaya melaksanakan semua tugas yang diamanahkan sepanjang semester ini. Secara tidak langsung majlis tersebut telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kakitangan di JTP. Jamuan ini juga sebagai tanda meraikan penutupan sesi tahun 2010 ini yang penuh dengan cabaran kerana langkah-langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan berhemah IPGKBM.
En. Abd Khahar Bin Saprani sebagai KJ mengucapkan selamat bercuti kepada semua pensyarah dan staf JTP dan semua staf IPGKBM dan selamat menyambut tahuan baru 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi. Walaupun bercuti, pensyarah-pensyarah JTP akan tetap menjalankan tugas untuk program-program Kusrus Semasa Cuti (KSC) yang bermula dari 22 November dan berakhir pada 18 Disember 2010. Selamat bertugas semula dalam Semester 1/2011 pada 3 Januari 2011.
No comments:
Post a Comment