Tuesday, June 28, 2011

Minggu Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Bulan Membca IPGKBM 2011

Pada 4 - 7 Julai 2011 JTP dengan kerjasama Pusat Sumber Dato' Lokman Musa akan mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2011. Perkongsian pintar ini juga telah merancang untuk mengadakan Minggu TMK dan Bulan Membaca 2011. Berbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang minggu itu untuk dimanfaatkan oleh semua pihak dan warga IPGKBM. Majlis Perhimpunan Bulanan itu akan diadakah pada 4 Julai 2011 jam 2.00 petang di Dewan Za'ba, IPGKBM. Majlis itu akan diserikan lagi dengan pelancaran Minggu TMK dan Bulan Membaca bagi tahun 2011. YBhg Datin Dr. Hjh. Fowzia Binti Osman, Pengarah, IPGKBM dengan penuh taazim akan melancarkan majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan pameran dan jualan perkakasan dan perisian TMK serta buku-buku akademik untuk semua pengunjung. Semua warga IPGKBM dijemput hadir untuk mendengar amanat dan nasihat daripada Pengarah serta mengunjungi gerai pameran dan jualan TMK dan buku-buku terbaharu yang terdapat di paaran.