Friday, November 26, 2010

Makan Tengahari Di Restauran Seri Angkasa KL





Pensyarah JTP pada akhir semester 2/2010 telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari di Restauran Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur pada 24 November 2010. Jamuan itu telah dihadiri oleh semua pensyarah dan staf di JTP serta beberap rakan lain. Ia adalah sebagai tanda untuk menghargai semua usaha gigih pensyarah-pensyarah JTP yang telah berjaya melaksanakan semua tugas yang diamanahkan sepanjang semester ini. Secara tidak langsung majlis tersebut telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kakitangan di JTP. Jamuan ini juga sebagai tanda meraikan penutupan sesi tahun 2010 ini yang penuh dengan cabaran kerana langkah-langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan berhemah IPGKBM.
En. Abd Khahar Bin Saprani sebagai KJ mengucapkan selamat bercuti kepada semua pensyarah dan staf JTP dan semua staf IPGKBM dan selamat menyambut tahuan baru 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi. Walaupun bercuti, pensyarah-pensyarah JTP akan tetap menjalankan tugas untuk program-program Kusrus Semasa Cuti (KSC) yang bermula dari 22 November dan berakhir pada 18 Disember 2010. Selamat bertugas semula dalam Semester 1/2011 pada 3 Januari 2011.

Monday, November 15, 2010

Selamat Bercuti dan Berhari Raya Idul Adha.

Kepada semua pensyarah JTP, selamat bercuti panjang. Memang cuti panjang. Apa tidaknya IPGKBM dan IPG-IPG lain akan berrcutii panjang mulai 17 November sehingga 3 Januari 2011. Tidak sahaja pensyarah yang akan bercuti, pelajar-pelajar turut sama. Kepada pelajar-pelajar IPGKBM diucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya Idul Adha. Semua pensyarah maklum, pelajar-pelajar baru sahaja selesai menghadapi exam, selepas berusaha bertungkus lumus mentelaah nota-nota kuliah dan tutorial sepanjang bulan Oktober dan November ini.

Kepada semua pelajar semester akhir PISMP 8A (BM) dan PISMP 8B (PAK) selamat bertugas di sekolah mulai Januari 2011. Dengar cerita engkau orang group 8B buat dinner 'Glamourest Night' di D'Palma Shah Alam, dan ramai pensyrah you all datang. Jangan lupakan mereka yang tinggal di IPGKBM sudah lah.... Selamat Menjadi Pendidik Berjiwa Mulia...

Thursday, November 4, 2010

Amali Fotografi dan Videografi di Kuala Sepetang

Pada tarikh 2 November 2010, selepas Lawatan Penanda Aras di UTP, kami telah berpeluang membuat lawatan ke Hutan Paya Laut Kuala Sepetang, Perak pada sebelah petangnya. Pegawai dari Jabatan Hutan terebut iaitu En. Fuad dan En. Nazaruddin telah menerima kami dengan baik, walaupun lawatan itu sebenarnya bukan rasmi kerana pihak pejabat jabatan hutan di Taiping menjelaskan bahawa mereka tidak dapat melayan kami kerana aktiviti pada tarikh 2/11/2010 terlalu padat dengan pelawat. Walaupun demikan dengan kecekapan jabatan tersebut kami telah diberi penjelasan yang cukup menarik tentang ekologi hutan paya dan pengurusan hutan paya bakau di antara yang terbaik di dunia. Tayangan slaid dan penerangan yang telah diberikan telah menimbukan kesedaran tentang peri pentingnya kita memeliharan hutan di samping kami dapat membuat latihan amali fotografi dan videografi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Hutan Paya Laut Kuala Sepetang yang tidak jemu melayan kami hingga ke lewat petang.

Lawatan Penanda Aras Ke UTP

Pada 2 November 2010, pensyarah JTP dan staf IPGKBM seramai 13 telah membuat lawatan rasmi penanda aras ke Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Lawatan tersebut telah disambut baik oleh kakitangan UPT yang terdiri dari En. Meor Zamil, En. Sabri, En. Mohamad, Pn. Salwah, En. Shamsul dan beberapa pegawai lain. Kami telah diberi penjelasan berkaitan latar belakang, operasi dan sistem penyampaian UTP. Sesi soal-jawab dalam taklimat itu telah memberi peluang kepada kami untuk mengetahui banyak perkara termasuk pengurusan sistem pembelajaran (LMS) dalam kalangan pensyarah dan pengurusan sistem maklumat perpustakaan. Terima kasih kepada pihak UTP atas perkongsian bijak tersebut yang begitu bermakna kepada kami.