Thursday, November 4, 2010

Amali Fotografi dan Videografi di Kuala Sepetang

Pada tarikh 2 November 2010, selepas Lawatan Penanda Aras di UTP, kami telah berpeluang membuat lawatan ke Hutan Paya Laut Kuala Sepetang, Perak pada sebelah petangnya. Pegawai dari Jabatan Hutan terebut iaitu En. Fuad dan En. Nazaruddin telah menerima kami dengan baik, walaupun lawatan itu sebenarnya bukan rasmi kerana pihak pejabat jabatan hutan di Taiping menjelaskan bahawa mereka tidak dapat melayan kami kerana aktiviti pada tarikh 2/11/2010 terlalu padat dengan pelawat. Walaupun demikan dengan kecekapan jabatan tersebut kami telah diberi penjelasan yang cukup menarik tentang ekologi hutan paya dan pengurusan hutan paya bakau di antara yang terbaik di dunia. Tayangan slaid dan penerangan yang telah diberikan telah menimbukan kesedaran tentang peri pentingnya kita memeliharan hutan di samping kami dapat membuat latihan amali fotografi dan videografi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Hutan Paya Laut Kuala Sepetang yang tidak jemu melayan kami hingga ke lewat petang.

1 comment:

  1. Syabas kepada KJ JTP dan semua anggota rombongan. Pengalaman berkongsi kemahiran amat bermakna sebagai pendidik guru. Aktiviti sebegini perlu diadakan untuk tujuan mempertingkatkan kemahiran amali fotografi dan videografi selari dengan peningkatan teknologi disiplin ini.

    ReplyDelete