Tuesday, July 20, 2010

Ceramah WWF Malaysia Sempena Minggu TMK & Bulan Membaca 2010

WWF Malaysia sebuah badan NGO yang akif dalam usaha-usaha memelihara dan memulihara hidupan liar, akan mengendalikan satu sesi ceramah untuk mendedahkan pelajar tentang peranan dan fungsinya pada 21/7/2010 (Rabu) 2.00 - 4.00 petang di DK Tun Seri Lanang, IPGKBM. Sebagai agensi yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar telah menggunakan teknologi untuk kerja-kerja dalam pelestarian alamnya. Ini amat sesuai dengan tema Minggu TMK 2010 IPGKBM "TEKNOLOGI MEREKAYASA PELESTARIAN ALAM".
Seramai empat penceramah akan membentangkan bidang masing-masing:
Mr Lau Ching Fong (Field Biologist) menjelaskan tentang "camera trapping and GPS (Global Positioning System)", Miss Wan Noor Shahida Wan Ishak (Programme Officer)- "GIS (Geographical Information System )", Miss Rahana Husin (Executive )- "Multimedia and Image Bank in WWFM", dan Mr Thiagarajan Nadeson (Formal Education Manager) - berkongsi pengalaman beliau berkaitan "formal & informal Conservation Education".
Semua pensyarah dan pelajar IPGKBM dijemput hadir.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada pelajar-pelajar Unit Beruniform yang telah menghadiri ceramah WWF. Intipati ceramah bertepatan dengan tema Minggu TMK 2010. Pengetahuan dan maklumat yang dikongsi amat berguna untuk disisip dalam dunia sebenar seorang guru yang bergelar 'cikgu'.

    ReplyDelete