Pada 11 September 2012, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dokumen yang dilancarkan ini adalah sebagai laporan awal yang dijadikan panduan oleh KPM dalan merancang dan melaksana hala tuju, program dan aktiviti dalam sistem pendidikan negara bagi tempoh satu dekad akan datang. Dokumen rasmi tersebut boleh di rujuk di url berikut,
https://docs.google.com/open?id=0B8Spd5xMU3JrcXRDbEwycXVzNTQ
Bahan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia Kohort 3 PISMP Ambilan Januari 2009 IPGKBM, bagi tajuk Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 adalah seperti berikut;
https://docs.google.com/open?id=0BzuNjXKUTchhTVRkRHZEemFocTA
Selamat berkursus.
Friday, October 19, 2012
Wednesday, September 19, 2012
Rujukan dan latihan menggunakan format APA
Pengetahuan dan kemahiran membuat rujukan adalah wajib untuk setiap pensyarah atau pelajar. Oleh itu, pihak kami telah menyediakan pautan untuk memudahkan pembelajaran tentang bagaimana membuat rujukan bagi penulisan kertas projek.
Sila rujuk bahagian e-Sumber dalam laman web ini.
Sila rujuk bahagian e-Sumber dalam laman web ini.
Wednesday, September 12, 2012
Pusat Maya 3D: LiMA (Learn in My Avatar)
Satu pusat pembelajaran maya berbentuk 3D telah dibangunkan oleh salah seorang pensyarah JTP. Pusat ini menggunakan satu aplikasi Web 3D bernama Club Cooee. Ruang ini digunakan untuk aktiviti perbincangan atas talian dan pembelajaran kolaboratif bagi kursus EDU 3105 Teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.
Perincian LiMA boleh dibaca pada laman web berikut.
Untuk mengunjungi pusat LiMA ini, klik dan ikut arahan yang diberikan.
Perincian LiMA boleh dibaca pada laman web berikut.
Untuk mengunjungi pusat LiMA ini, klik dan ikut arahan yang diberikan.
Thursday, August 9, 2012
Perihal kandungan dan rekabentuk antara muka Blog JTP
Blog JTP kini berfungsi bukan sahaja untuk menyampaikan berita semasa tetapi juga sebagai ruang untuk berkongsi maklumat ilimiah yang boleh diguna pakai oleh seluruh warga IPGKBM. Oleh itu, selain muka depan blog ini yang memuatkan maklumat terkini, dihasilkan beberapa bahagian (tab) lain seperti:
1. Teknologi untuk P&P
Di ruangan ini akan dimuatkan tentang maklumat/ perihalan penggunaan teknologi terkini/ baru untuk P&P. Ruang ini juga dipautkan kepada satu blog luar 'Just Thoughts'. Juga dimuatkan fail-fail digital (digital binders) yang terdiri dari sumber untuk teknologi dalam P&P.
2. E-pengurusan
Pihak JTP adalah dalam proses pelestarian ICT, maka adalah wajar untuk kami mencuba dan menghasilkan produk yang dapat memelihara alam sekitar. Sebagai permulaan, kami mulakan dengan mendigitalkan tempahan makmal ICT IPGKBM. Usaha ini masih dalam proses rekabentuk.
3. E-sumber
Ruang ini akan dilengkapkan dengan maklumat dan sumber berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Antara fokus JTP adalah untuk meneroka dan berkongsi tentang trenda terkini dalam pendidikan termasuk penyelidikan dan sumber terbuka dalam pendidikan. JTP akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa.
4. Webinar
Salah satu cara untuk memantapkan kemahiran profesionalisme adalah melalui latihan. Sesuai dengan tujuh (7) cara pembelajaran yang akan menjadikan IPGKBM sebagai 'The new IPG: learner-centered University' adalah dengan memupuk kemahiran pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated learning) melalui WEBINAR atau Web Seminar. Anda kini boleh dapatkan pelbagai kursus atas talian yang dilaksanakan secara percuma atas dasar Open Educational Resources (OER). JTP akan memuatkan pautan -pautan webinar yang anda boleh sertai mengikut keselesaan anda.
Sebarang pertanyaan sila email kepada mimmasayuti@gmail.com

Friday, August 3, 2012
Wednesday, August 1, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Aktiviti KDP 4M
JTP kini sedang giat melaksanakan latihan untuk guru-guru dalam perkhidmatan selama 4 minggu di PLGDP Sungai Buluh, Hutan Melintang Perak. Guru-guru didedahkan kepada pelbagai teknik pengajaran yang mengintegrasikan teknologi. Teknologi Web 2.0 juga didedahkan kepada kepada guru-guru. Antara aplikasi yang diguna dalam merancang P&P adalah Edmodo, Dabbleboard, Bitstrips dan Student Publishing.
Subscribe to:
Posts (Atom)