Wednesday, July 2, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Pada 30 Jun 2014 lalu umat Islam di seluruh dunia telah menyambut kedatangan Ramadhan 1435H. Dengan kehadiran Ramadhan umat Islam mula berpuasa selama sebulan sebelum menyambut kedatangan hari yang mulia Hari Raya Eidul Fitri. Kami di Jabatan Teknologi Pendidikan, IPGKBM mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga dan staf IPGKBM. Nikmatilah Ramadhan tahun ini dengan penuh ketakwaan dengan menunaikan ibadah puasa yang sebenar dengan sempurna.

Friday, November 1, 2013

Kursus Joomla 28/10 - 29/10/2013

Pada 28/10 - 29/10/2013, Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengendalikan kursus peningkatan profesionalisme pensyarah jabatannya dengan Kursus Joomla.  Kursus tersebut tertumpu kepada aspek pengenalan kepada persekitaran Joomla, pengurusan dan penyelenggaraan web menggunakan perisian pembangunan web terbuka tersebut Versi 2.5. Kursus selama dua hari itu telah diadakan di Makmal Komputer B3 dan B2, IPGKBM. Fasilitator En. Azmi Sulaiman yang berpengalaman lebih sepuluh tahun dalam bidang mereka bentuk, membangun, dan menyelenggaraan web telah berkongsi pengalamannya dengan memberi input dan bimbingan secara menyeluruh kepada semua peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah  Jabatan Teknologi Pendidikan. Terima kasih diucapkan kepada En. Azmi yang begitu didikasi sepanjang mengendalikan kursus tersebut.

Thursday, October 31, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Nov/Dis 2013

Semua pelajar IPGKBM akan menduduki peperiksaan bagi semester ini dari 30 Oktober hingga 14 November 2013. JTP mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar yang mengambil kertas EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, khususnya bagi pelajar program PISMP dan PPG (Program Pengsiswazahan Guru). Persiapan yang rapi menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan. Tiada kecemerlangan yang dapat dicapai dengan mudah. Kegigihan dan kecekalan dalam berusaha akan membawa anda ke mercu kejayaan. Selamat Berjuang.

Wednesday, July 17, 2013

Selamat Menyambut Ramadan 1434H

Hari ini sudah pun masuk hari ke tujuh berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup anda. Semoga ibadah puasa anda dihiasi dengan membaca al-quran dan terjemahannya setiap kali selepas solat fardhu.

Sunday, March 3, 2013

Penggunaan Web 2.0 dalam PdP: Toondoo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Web 2.0 adalah teknologi yang banyank mengubah cara PdP atas talian. Guru dan pelajar dapat mengalami persekitaran pembelajaran yang interaktif secara atas talian. Model-model pengajaran yang berasaskan teori pembelajaran Konstruktivisme dapat dilaksanakan.

Salah satu contoh Web 2.0 adalah Toondoo. Toondoo menyediakan pengalaman menghasilkan/ mencipta komik seperti kartunis profesional. Sememangnya komik dapat menarik minat pelajar dalam bilik darjah.

Bagaimana caranya menggunakan Toondoo? Lihat Slideshare berikut:


Selamat mencuba!

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke IPGKBM

As salam dan salam sejahtera

Selamat kembali ke IPGKBM!

Semoga kita lebih bersemangat dalam memperjuangkan pendidikan anak bangsa demi agama dan negara.

Untuk entri pertama 2013, kami ingin memulakan dengan memberi sedikit penerangan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Setiap pendidik di Malaysia perlu memahami PPPM ini agar kita dapat sama-sama mencapai hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, dan yang lebih penting, agar anak-anak kita tidak ketinggalan dalam pendidikan.

Sebanyak 11 anjakan terdapat dalam dokumen PPPM:


Berikut merupakan jangkaan hasil awal dalam antara Disember 2012-Disember 2013



Apakah usaha kita dalam memastikan kita seiring dengan kandungan PPPM? Masa untuk kita atur dan rancang perkembangan kemahiran dan pengetahuan kita untuk memastikan kita masih relevan kepada anak didik dan kehendak pelajar-pelajar dalam Abad ke-21 ini.

Jom berusaha!

Friday, October 19, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025

Pada 11 September 2012, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dokumen yang dilancarkan ini adalah sebagai laporan awal yang dijadikan panduan oleh KPM dalan merancang dan melaksana hala tuju, program dan aktiviti dalam sistem pendidikan negara bagi tempoh satu dekad akan datang. Dokumen rasmi tersebut boleh di rujuk di url berikut,

https://docs.google.com/open?id=0B8Spd5xMU3JrcXRDbEwycXVzNTQ

Bahan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia Kohort 3 PISMP Ambilan Januari 2009 IPGKBM, bagi tajuk Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 adalah seperti berikut;

https://docs.google.com/open?id=0BzuNjXKUTchhTVRkRHZEemFocTA

Selamat berkursus.