Thursday, August 9, 2012

Perihal kandungan dan rekabentuk antara muka Blog JTP

Blog JTP kini berfungsi bukan sahaja untuk menyampaikan berita semasa tetapi juga sebagai ruang untuk berkongsi maklumat ilimiah yang boleh diguna pakai oleh seluruh warga IPGKBM. Oleh itu, selain muka depan blog ini yang memuatkan maklumat terkini, dihasilkan beberapa bahagian (tab) lain seperti:

1. Teknologi untuk P&P

Di ruangan ini akan dimuatkan tentang maklumat/ perihalan penggunaan teknologi terkini/ baru untuk P&P. Ruang ini juga dipautkan kepada satu blog luar 'Just Thoughts'. Juga dimuatkan fail-fail digital (digital binders) yang terdiri dari sumber untuk teknologi dalam P&P.

2. E-pengurusan

Pihak JTP adalah dalam proses pelestarian ICT, maka adalah wajar untuk kami mencuba dan menghasilkan produk yang dapat memelihara alam sekitar. Sebagai permulaan, kami mulakan dengan mendigitalkan tempahan makmal ICT IPGKBM. Usaha ini masih dalam proses rekabentuk.

3. E-sumber

Ruang ini akan dilengkapkan dengan maklumat dan sumber berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Antara fokus JTP adalah untuk meneroka dan berkongsi tentang trenda terkini dalam pendidikan termasuk penyelidikan dan sumber terbuka dalam pendidikan. JTP akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa.

4. Webinar

Salah satu cara untuk memantapkan kemahiran profesionalisme adalah melalui latihan. Sesuai dengan tujuh (7) cara pembelajaran yang akan menjadikan IPGKBM sebagai 'The new IPG: learner-centered University' adalah dengan memupuk kemahiran pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated learning) melalui WEBINAR atau Web Seminar. Anda kini boleh dapatkan pelbagai kursus atas talian yang dilaksanakan secara percuma atas dasar Open Educational Resources (OER). JTP akan memuatkan pautan -pautan webinar yang anda boleh sertai mengikut keselesaan anda.

Sebarang pertanyaan sila email kepada mimmasayuti@gmail.com

Friday, August 3, 2012