Saturday, October 15, 2011

Selamat Datang Pengarah Baru IPGKBM


Pada 7 Oktober 2011, IPGKBM telah menerima kedatangan pengarah baru Datin Siti Hanifah binti Madarsa. Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Mengucapkan Selamat Datang kepada YBhg Datin ke IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kami amat mengalu-alukan kehadiran YBhg Datin ke institut. Selamat menjalankan tugas.

Tuesday, June 28, 2011

Minggu Teknologi Maklumat dan Komunikasi & Bulan Membca IPGKBM 2011

Pada 4 - 7 Julai 2011 JTP dengan kerjasama Pusat Sumber Dato' Lokman Musa akan mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2011. Perkongsian pintar ini juga telah merancang untuk mengadakan Minggu TMK dan Bulan Membaca 2011. Berbagai aktiviti telah diaturkan sepanjang minggu itu untuk dimanfaatkan oleh semua pihak dan warga IPGKBM. Majlis Perhimpunan Bulanan itu akan diadakah pada 4 Julai 2011 jam 2.00 petang di Dewan Za'ba, IPGKBM. Majlis itu akan diserikan lagi dengan pelancaran Minggu TMK dan Bulan Membaca bagi tahun 2011. YBhg Datin Dr. Hjh. Fowzia Binti Osman, Pengarah, IPGKBM dengan penuh taazim akan melancarkan majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan pameran dan jualan perkakasan dan perisian TMK serta buku-buku akademik untuk semua pengunjung. Semua warga IPGKBM dijemput hadir untuk mendengar amanat dan nasihat daripada Pengarah serta mengunjungi gerai pameran dan jualan TMK dan buku-buku terbaharu yang terdapat di paaran.

Wednesday, May 25, 2011

Tahniah Untuk Dr. Hj. Ali Mahmood


Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa Melayu, IPGKBM telah dilantik untuk menjalankan tugas dan seterusnya memangku jawatan Timbalan Pengarah, IPGKBM yang kosong kerana YBhg Pn. Jamaliah Mohd Salleh telah kembali ke rahmatullah 8 Mei 2011. JTP mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Hj. Ali Mahmood atas lantikan tersebut, semoga dengan tanggungjawab yang diamanahkan itu akan membawa IPGKBM ke mercu kecemerlangan.

Monday, May 16, 2011

Multimedia Kreatif IPGKBM 2011

JTP dengan kerjasama Unit Multimedia, Pusat Sumber Dato' Lokman Musa dan Biro Multimedia JPP, IPGKBM akan mengadakan pertandingan Multimedia Kreatif mulai Julai - September 2011. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan meningkatkan Kemahiran Abad 21 dalam kalangan pelajar IPGKBM dengan menghasilkan dan menerbitkan bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk multimedia kreatif. Terdapat 6 kategori karya yang dipertandingkan iaitu Cerita Pendek, Dokumentari, Habahan Semasa, Video Korporat, Iklan, dan Klip Video. Karya-karya kreatif yang berjaya akan mewakili IPGKBM dalam pertandingan-pertandingan Multimedia Kreatif yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Syarat-syarat pertandingan akan dihebahkan melalui saluran-saluran rasmi IPGKBM seperti web, iklan, poster dan blog-blog jabatan.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Lahir Pn Kharsiah Mohd Nor



Pada 9 Mei 2011 JTP telah meraikan Pn Kharsiah Mohd Nor yang menyambut hari lahir dengan mengadakan satu majlis makan tengahari di Ruz Aladin, Ampang, Kuala Lumpur. Majlis tersebut begitu meriah dengan dihadiri oleh KJ dan semua pensyarah JTP serta Ketua Pusat Sumber Dato' Lokamn Musa, IPGKBM. Semua hadirin telah menikmati hidangan nasi beriani kambing dengan bergitu berselera. Kepada Pn Kharsiah selamat panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt sentiasa.
Berasal dari Teluk Intan, Perak, beliau kini tinggal di Taman Universiti, Bandar Baru Bangi, Selangor. Gigih membangukan keluarga dengan empat orang cahaya mata lelaki. Tahniah dan Selamat Hari Guru.

Klinik Wahan e-Pembelajaran




Klinik Wahan e-Pembelajaran untuk diikuti oleh semua jabatan dan unit di IPGKBM telah dirancang oleh JTP. Klinik tersebut diadakan secara bersiri dari 5 Mei hingga 26 Mei 2011. Jadual Klinik WeP tersebut boleh dirujuk di JTP, dan salinan telah dihantar ke jabatan dan unit untuk rujukan. Semua KJ/KU dan pensyarah dijemput menghadiri klinik tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Klinik ini akan dapat membantu peserta-peserta untuk mengintegrasikan TMK dalam pelaksanaan kuliah masing-masing ke arah pengajaran dan pembelajaran berasaskan web. Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran ini akan menggalakkan komunikasi dua hala dan on-line forum.
Jadual Klinik :
5 Mei 2011 : JBM dan JBI dari 8.30 - 4.30 ptg
12 & 13 Mei 2011 : JPKM dan JKM dari 8.30 - 4.30 ptg
19 & 20 Mei 2011 : JSS, JPIPK & UKk dari 8.30 - 4.30 ptg
23 & 24 Mei 2011 : JIP & JM dari 8.30 - 4.30 ptg
24 & 25 Mei 2011 : JPJK, JPIM & JPAK dari 10.30 - 4.30 ptg