Friday, November 26, 2010

Makan Tengahari Di Restauran Seri Angkasa KL





Pensyarah JTP pada akhir semester 2/2010 telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari di Restauran Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur pada 24 November 2010. Jamuan itu telah dihadiri oleh semua pensyarah dan staf di JTP serta beberap rakan lain. Ia adalah sebagai tanda untuk menghargai semua usaha gigih pensyarah-pensyarah JTP yang telah berjaya melaksanakan semua tugas yang diamanahkan sepanjang semester ini. Secara tidak langsung majlis tersebut telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kakitangan di JTP. Jamuan ini juga sebagai tanda meraikan penutupan sesi tahun 2010 ini yang penuh dengan cabaran kerana langkah-langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan berhemah IPGKBM.
En. Abd Khahar Bin Saprani sebagai KJ mengucapkan selamat bercuti kepada semua pensyarah dan staf JTP dan semua staf IPGKBM dan selamat menyambut tahuan baru 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi. Walaupun bercuti, pensyarah-pensyarah JTP akan tetap menjalankan tugas untuk program-program Kusrus Semasa Cuti (KSC) yang bermula dari 22 November dan berakhir pada 18 Disember 2010. Selamat bertugas semula dalam Semester 1/2011 pada 3 Januari 2011.

Monday, November 15, 2010

Selamat Bercuti dan Berhari Raya Idul Adha.

Kepada semua pensyarah JTP, selamat bercuti panjang. Memang cuti panjang. Apa tidaknya IPGKBM dan IPG-IPG lain akan berrcutii panjang mulai 17 November sehingga 3 Januari 2011. Tidak sahaja pensyarah yang akan bercuti, pelajar-pelajar turut sama. Kepada pelajar-pelajar IPGKBM diucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya Idul Adha. Semua pensyarah maklum, pelajar-pelajar baru sahaja selesai menghadapi exam, selepas berusaha bertungkus lumus mentelaah nota-nota kuliah dan tutorial sepanjang bulan Oktober dan November ini.

Kepada semua pelajar semester akhir PISMP 8A (BM) dan PISMP 8B (PAK) selamat bertugas di sekolah mulai Januari 2011. Dengar cerita engkau orang group 8B buat dinner 'Glamourest Night' di D'Palma Shah Alam, dan ramai pensyrah you all datang. Jangan lupakan mereka yang tinggal di IPGKBM sudah lah.... Selamat Menjadi Pendidik Berjiwa Mulia...

Thursday, November 4, 2010

Amali Fotografi dan Videografi di Kuala Sepetang

Pada tarikh 2 November 2010, selepas Lawatan Penanda Aras di UTP, kami telah berpeluang membuat lawatan ke Hutan Paya Laut Kuala Sepetang, Perak pada sebelah petangnya. Pegawai dari Jabatan Hutan terebut iaitu En. Fuad dan En. Nazaruddin telah menerima kami dengan baik, walaupun lawatan itu sebenarnya bukan rasmi kerana pihak pejabat jabatan hutan di Taiping menjelaskan bahawa mereka tidak dapat melayan kami kerana aktiviti pada tarikh 2/11/2010 terlalu padat dengan pelawat. Walaupun demikan dengan kecekapan jabatan tersebut kami telah diberi penjelasan yang cukup menarik tentang ekologi hutan paya dan pengurusan hutan paya bakau di antara yang terbaik di dunia. Tayangan slaid dan penerangan yang telah diberikan telah menimbukan kesedaran tentang peri pentingnya kita memeliharan hutan di samping kami dapat membuat latihan amali fotografi dan videografi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Hutan Paya Laut Kuala Sepetang yang tidak jemu melayan kami hingga ke lewat petang.

Lawatan Penanda Aras Ke UTP

Pada 2 November 2010, pensyarah JTP dan staf IPGKBM seramai 13 telah membuat lawatan rasmi penanda aras ke Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Lawatan tersebut telah disambut baik oleh kakitangan UPT yang terdiri dari En. Meor Zamil, En. Sabri, En. Mohamad, Pn. Salwah, En. Shamsul dan beberapa pegawai lain. Kami telah diberi penjelasan berkaitan latar belakang, operasi dan sistem penyampaian UTP. Sesi soal-jawab dalam taklimat itu telah memberi peluang kepada kami untuk mengetahui banyak perkara termasuk pengurusan sistem pembelajaran (LMS) dalam kalangan pensyarah dan pengurusan sistem maklumat perpustakaan. Terima kasih kepada pihak UTP atas perkongsian bijak tersebut yang begitu bermakna kepada kami.

Friday, October 29, 2010

Selamat Hari Lahir - Oktober dan November







Selamat Hari Jadi kepada Cik Asiah Binti Mohamad Hashim pada 23 Oktober, dan En. Mohd Yusoff Bin Shamsuddin pada 12 Oktober serta Pn. Safinah Mohamad pada 2 November ini. Semoga Allah swt panjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Semakin berusia, bertambahlah kebijaksanaan kita.

Thursday, August 5, 2010

Mesyuarat Jabatan Bil. 7/2010

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 9 Ogos 2010, dari jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat JTP. Semua pensyarah JTP diwajibkan hadir, turut dijemput hadir ialah KU Unit multimedia dan Ketua Pusat Sumber Dato' Lokman Musa. Antara agenda penting yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan Perancangan JTP 2011, berkaitan dengan PT-06-02.

Tuesday, July 20, 2010

Ceramah WWF Malaysia Sempena Minggu TMK & Bulan Membaca 2010

WWF Malaysia sebuah badan NGO yang akif dalam usaha-usaha memelihara dan memulihara hidupan liar, akan mengendalikan satu sesi ceramah untuk mendedahkan pelajar tentang peranan dan fungsinya pada 21/7/2010 (Rabu) 2.00 - 4.00 petang di DK Tun Seri Lanang, IPGKBM. Sebagai agensi yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar telah menggunakan teknologi untuk kerja-kerja dalam pelestarian alamnya. Ini amat sesuai dengan tema Minggu TMK 2010 IPGKBM "TEKNOLOGI MEREKAYASA PELESTARIAN ALAM".
Seramai empat penceramah akan membentangkan bidang masing-masing:
Mr Lau Ching Fong (Field Biologist) menjelaskan tentang "camera trapping and GPS (Global Positioning System)", Miss Wan Noor Shahida Wan Ishak (Programme Officer)- "GIS (Geographical Information System )", Miss Rahana Husin (Executive )- "Multimedia and Image Bank in WWFM", dan Mr Thiagarajan Nadeson (Formal Education Manager) - berkongsi pengalaman beliau berkaitan "formal & informal Conservation Education".
Semua pensyarah dan pelajar IPGKBM dijemput hadir.

Ceramah Aplikasi Toolbook Sempena Minggu TMK & Bulan Membaca 2010

Satu sesi ceramah berkaitan aplikasi Pakej Perisian Toolbook akan diadakan pada 20/7/2010, Selasa pada jam 2.00 - 4.00 petang di Dewan Tun Seri Lanang, IPGKBM. Semua pelajar dijemput hadir untuk mengeahuan keistimewaan versi terbaharu Tolbook Assistant untuk pembangunan bahan multimedia.

Wednesday, July 7, 2010

Minggu TMK dan Bulan Membaca 2010

Minggu TMK dan Bulan Membaca 2010 akan dilancarkan pada 19/7/2010 dalam Perhimpunan Bulanan Julai 2010.Berbagai aktiviti TMK dan Bulan Membaca telah dirancang untuk diadalan pada 19/7 - 22/7/2010.

Perhimpunan Bulanan Julai 2010

Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai telah dirancang pada 12/7/2010. Oleh kerana sebahagian pelajar IPGKBM menjalankan aktiviti di luar makan tarikh perhimpunan ditangguhkan ke minggu berikutnya pada 19/7/2010, jam 2.00 hingga 5.00 petang, di Dewan Zaba. Semua pensyarah, staf pengurusan dan pelajar diwajibkan hadir.

Sunday, May 16, 2010

Kursus Aplikasi Joomla

Kursus ini akan dijalankan pada 31 Mei hingga 1 Jun 2010 di Makmal Bahasa, IPGKBM dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua ahli Jawatankuasa Pengkhazanahan Rumah Melayu, PKBM dan Ahli Jawatankuasa Web IPGKBM dijemput hadir.

Objektif kursus adalah sebagai pendedahan awal bagi pembangunan web portal Rumah Melayu, PKBM.

Bengkel Pemantapan PT-09

Semua pensyarah JTP diminta hadir di Bilik Mesyuarat JTP pada 17 Mei 2010 jam 2.00 - 5.00 petang. Objektif bengkel adalah untuk taklimat Prosedur Kualiti Teras PT-09 Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran. Pembentangan LAM-PT-09-03 bagi Semester 1/2010 akan dibuat. Sila bawa bersama Folio PT-09.

Unjuran kursus Semester 2/2010 akan dibincangkan. Sila bawa profoma Kemahiran Generik TMK PPISMP, Pengurusan Sumber KPLI, Pengurusan Sumber KDPM dan EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PISMP untuk dibincangkan dalam bengkel tersebut.

Kursus Sistem Pengurusan Pembelajaran Menggunakan Moodle

Kursus ini akan diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2010 di Makmal Bahasa IPGKBM. Semua
Ahli Jawatankuasa Wahana e-Pembelajaran (WeP) dijemput hadir. Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi LMS jabatan masing-masing. Semua jabatan harus menggunakan LMS masing-masing dalam P&P sesi semester 2/2010.